Tentang kami
Akademi Wangsa
Akademi kami
Lahirnya pada 2016 dan disempurnakan tapaknya pada awal 2019
Kami bermula dari bawah. Dari hobi dan minat berubah kepada berkongsi ilmu dan teknik. Apabila ramai yang menunjukkan minat, kami selusuri dunia kejurulatihan.
​
Berdikit-dikit kami mengorak langkah. Dari kelas memanah tradisional dibawah sinar matahari di padang,akhirnya kami berjaya menegakkan tiang seri kami dialamat terkini. Lebih selesa. Lebih fleksibel. Lebih mudah. Lebih ceria.
​
Minat bukan setakat bidang memanah malah juga dikembangkan ke dunia seni beladiri i.e. Silat. Kami didik pesilat-pesilat kami agar beradab dan berdisiplin. Kami ajar ilmu dan petua . Kami sama-sama berlatih teknik yang relevan dan praktikal untuk membela diri. Kami semaikan rasa cintakan adab dan ilmu. Kami segarkan rasa ukhwah dan serikan dengan tali persahabatan dan kekeluargaan.
Supaya kekal relevan, kami tambahkan kelas kreatif media. Minda dan minat remaja disemai dan diarahkan ke kemahiran yang lebih bermanfaat. Photo manipulation, video editing, website creation, content writing dan lain-lain lagi. Ditawarkan pada kos mampu bayar tanpa perlu pecah tabung kerana ilmu diajar lebih penting. Bukan nak jadi kaya tapi nak bawa bekal diakhirat nanti.
​
INILAH KAMI. KAMILAH AKADEMI WANGSA

Kenapa KAMI?
Kenapa pilih kami?
Kami tidak menawarkan modul yang rigid tetapi lebih berbentuk fleksibel, sesuai dengan watak masing-masing. Tidak boleh satu cara untuk semua. Tidak boleh dipaksa suap tetapi lebih kepada pembentukan kemahuan sendiri.
​
Kami lebih mementingkan agar setiap apa yang dilakukan, dibuat dengan hati yang tenang dan ceria. Barulah ilmu mudah masuk dan barulah suasana pembelajaran menjadi kondusif dan efektif.
​
Modul-modul pembelajaran disukat dan di susun mengikut pengalaman dan kesesuaian peredaran semasa. Kesesuaian teknik mengajar sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa agar kekal relevan dan praktikal.

